Sebahagian 243 peserta Skim Mesra Usia emas (SMUE) yang menerima baucar Jom Shopping RM100 bagi kawasan Permatang yang disampaikan Rozana Zainal Abidin di Pasaraya Best Fresh Mart Pasir Penambang. Foto Rozana Zainal Abidin
ADNSELANGOR

ADN Permatang minta peserta SMUE lahir Februari segera ambil baucar beli-belah RM150

SHAH ALAM, 7 FEB: Peserta Skim Mesra Usia Emas Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang yang lahir Februari disaran mengambil baucar Jom Shopping di Pusat Khidmat Masyarakat DUN berkenaan.

Wakil rakyatnya Rozana Zainal Abidin berkata mereka boleh menebus baucar bernilai RM150 di Pasaraya Best Fresh Mart, Tanjong Karang bagi mendapatkan barangan keperluan.

Ahli Dewan Negeri Permatang Rozana Zainal Abidin

“Sehingga kini jumlah baucar ditebus sebanyak 939 pada Januari manakala hanya 280 pada Februari. Bilangan ini masih sedikit berbanding individu berdaftar.

“Saya berharap sumbangan ini meringankan beban penerima sekali gus menceriakan sambutan ulang tahun kelahiran mereka,” katanya ketika dihubungi.

Kerajaan Negeri sebelum ini mengumumkan syarat had kelayakan pendapatan isi rumah bagi penerima baucar Jom Shopping ditingkatkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan mulai tahun ini.

Penerima juga bakal menerima baucar beli-belah RM150 setahun berbanding RM100 tahun lalu serta khairat kematian RM500.


Pengarang :