Line Dance Group in Puchong membuat persembahan tarian ketika Puchong 2022 Community Art Festival di Taman Wawasan, Subang Jaya pada 8 Mei 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPAJ pelawa orang ramai sertai akademi tarian secara percuma

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 7 FEB: Peminat seni tarian dan persembahan berpeluang menyertai Akademi Tarian anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) secara percuma pada Sabtu ini.

Menerusi Facebook, pihak berkuasa tempatan (PBT) memaklumkan program yang bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari itu terbuka semua yang berminat untuk bergiat dalam bidang tarian bawah pentadbiran MPAJ.

Bertempat di Galeri MPAJ, Menara MPAJ program sama turut dijadual diberlangsung pada 19 Februari selain 5,18 dan 19 Mac serta 7,14 dan 18 Mei depan.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Zakiah di talian 011-7302 4108, Shima 011-1190 5747


Pengarang :