AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut petir di Sabak Bernam hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 6 FEB: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda Sabak Bernam, Selangor sehingga 1 tengah hari ini.

Agensi tersebut menerusi Facebook memaklumkan negeri lain yang turut diramal cuaca sama adalah Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron.

Amaran turut dikeluarkan melibatkan daerah di Perak iaitu di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Selain itu, Jeli dan Gua Musang di Kelantan turut diramal ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :