Bayang-bayang bebola batu berada tepat di bawah objek susulan fenomena tengah hari tanpa bayang di Pusat Bandar Shah Alam pada 28 Mac 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Fenomena tengah hari tanpa bayang di empat lokasi di Selangor mulai hari ini

SHAH ALAM, 28 MAC: Orang ramai di Selangor berpeluang menyaksikan fenomena tengah hari tanpa bayang di empat lokasi mulai hari ini hingga 30 Mac.

Jabatan Mufti Negeri Selangor memaklumkan fenomena berkenaan diramal berlaku sekitar 1.19 hingga 1.21 tengah hari.

Menerusi infografik yang dikongsikan agensi berkenaan, fenomena itu boleh disaksikan penduduk Kuala Langat dan Shah Alam pada 28 Mac sekitar 1.19 tengah hari.

Penduduk sekitar Kuala Selangor turut boleh menyaksikan kejadian sama sehari selepas itu sekitar 1.20 tengah hari dan penduduk Sabak Bernam pula pada 30 Mac (1.21 tengah hari).

Fenomena tengah hari tanpa bayang berlaku susulan peristiwa ekuinoks apabila matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.

Peristiwa Ekuinoks juga menandakan bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan bumi mengalami musim luruh.


Pengarang :