Nur Erynna Qaleesya Mohd Saiful Nizam, 9, bersama adiknya Muhamad Fayyadh Qazriel Mohd Saiful Nizam, 7, belajar menerusi modul Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada hari pertama sesi persekolahan 2023 berikutan persekitaran rumah mereka di Parit Karjo, Batu Pahat masih ditenggalami air pada 19 Mac 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Mangsa banjir di Batu Pahat berkurangan kepada 1,813 orang petang ini

JOHOR BAHRU, 22 MAC: Situasi banjir di Batu Pahat semakin pulih dengan jumlah mangsa terus berkurangan kepada 1,813 orang setakat 4 petang ini, berbanding 2,540 orang pada 8 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup iaitu Dewan Orang Ramai Parit Yaani, Sekolah Agama Sri Tanjung dan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung, susulan banjir surut sepenuhnya di kawasan berkenaan.

“Seramai 490 keluarga ditempatkan di 17 PPS yang masih beroperasi setakat ini,” menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.

JPBN turut memberitahu tiada sungai yang direkodkan berada pada paras bahaya, setakat ini.

Cuaca di tujuh daerah diramalkan cerah petang ini, namun Johor Bahru, Pontian dan Kluang dijangka hujan.

– BERNAMA


Pengarang :