Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman selawat bersama jemaah selepas solat subuh berjemaah di Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Sungai Lang Baru, Kuala Langat pada 5 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB solat Subuh, sarapan dengan penduduk Kampung Sungai Lang Baru

KUALA LANGAT, 5 MAC: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa bersarapan di warung Badir Canai di Kampung Sungai Lang Baru di sini pagi ini.

Dalam kunjungan kira-kira 30 minit itu, Dato’ Seri Amirudin Shari sempat beramah mesra, bertanya khabar dan berswafoto dengan pelanggan.

Beliau diiringi Pegawai Daerah Kuala Langat Muhammad Heeza Hassan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim.

Amirudin kemudian bertemu Ketua Kampung merangkap Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sungai Lang Baru Md Tejri Alias.

Terdahulu, Amirudin menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Kampung Sungai Lang Baru dan mendengar kuliah pagi disampaikan Ustaz Muhammad Naim Sadoon.


Pengarang :