Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak Shah Alam On Wheels (SAOW) di kawasan awam pada hujung minggu untuk kemudahan orang ramai berurusan. Foto MBSA
PBTSELANGOR

MBSA buka kaunter bergerak di Lotus’s Setia Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 23 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan kaunter bayaran bergerak di pekarangan tempat letak kereta Lotus’s Setia Alam, Seksyen U13 di sini, Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam berkata perkhidmatan Shah Alam On Wheels (SAOW) akan beroperasi bermula 11 pagi hingga 3 petang.

“Ia merupakan platform untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja,” kata Shahrin Ahmad.

Beliau berkata melaluinya MBSA berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat.


Pengarang :