Tangkap layar rakaman video ucapan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan dan program tadabbur al-Quran sehari satu ayat.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amanah ketika diberi tanggungjawab, jauhi sikap melampaui batas (VIDEO)

SHAH ALAM, 17 APRIL: Umat Islam perlu menjaga amanah yang dipertanggungjawab sebagai jalan takwa selain tidak melampaui batas dalam kehidupan seharian.

Mengulas ayat 75 Surah al-Imran, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ayat tersebut berkait dengan kepercayaan dan memilih orang yang diberi amanah.

“Allah sebut orang yang bertakwa dalam kalangan kamu adalah orang yang terbaik tetapi juga dijelaskan supaya kita tidak meniru perangai serta sikap orang Yahudi (ahli kitab) yang merasakan orang lain hamba, tidak berguna,” katanya.

Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi yang menghurai ayat berkenaan berkata ia boleh diguna pakai dalam mentadbir masyarakat majmuk di negara ini.

“Pengajaran untuk kita, walaupun berbeza status agama dan kedudukan, amanah kita dengan manusia tetap kita jaga walau siapa pun mereka.

“Contoh kita buat perjanjian dengan bukan Islam, kita jaga barang dia walaupun dia berlainan fahaman,” kata pensyarah kanan Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

Jelas beliau, perangai ahli kitab juga gemar mengubah perjanjian berdasarkan perbezaan agama dan mengikut kepentingan dan hawa nafsu mereka.

“Mereka juga memandang orang Arab itu lebih hina selain berbangga dengan kedudukan mereka,” katanya yang membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan..

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu  – kepentingan infak harta
Episod dua– bersyukur bukti keimanan
Episod tiga  – taubat kunci keampunan-Nya
Episod empat – taati ibu bapa
Episod lima – istiqamah dalam beramal
Episod enam  – sifat amanah ketika memimpin
Episod tujuh  – bina kasih dalam keluarga
Episod lapan  – doa pakaian ummah
Episod sembilan  – tuntut ilmu
Episod 10 – hidup harmoni masyarakat
Episod 11 – ujian pengukur iman
Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub
Episod 13  – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta
Episod 14  – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin
Episod 15 – peringatan bercakap benar
Episod 16  – hormat sesama manusia
Episod 17 – insan berakhlak mulia warisi alam
Episod 18  – jauhi munafik, harap kematian dalam Islam
Episod 19 – kesulitan dihadapi disertai kesenangan
Episod 20 – nikmat jadi umat Nabi Muhammad
Episod 21 – ganjaran bersedekah, beri hutang
Episod 22 – jaga alam, bertaubat kepada-Nya
Episod 23 – buat kebaikan, jauhi kezaliman
Episod 24 – takwa kunci toleransi
Episod 25 – empat perkara depani kemelut hidup


Pengarang :