Tangkap layar rakaman video ucapan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan dan program tadabbur al-Quran sehari satu ayat.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hormat sesama manusia, setiap perbezaan adalah kurniaan Allah (VIDEO)

SHAH ALAM, 7 APRIL: Umat Islam perlu menghormati sesama manusia kerana perbezaan setiap orang adalah kurniaan Allah yang ada keistimewaannya.

Menghuraikan ayat 1 dan 2 Surah Abasa yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkata orang kelainan upaya (OKU) perlu diberi layanan istimewa.

“Walaupun yang beriman itu buta dan tak buta itu celik dan pemimpin, tapi orang yang beriman bila dia datang, dia inilah kena layan dengan layanan yang luar biasa sebab dia ada niat yang baik untuk nabi.

“Allah berfirman dalam hadis bila aku ambil kemuliaan hambaku (ambil mata, kena potong kaki sebab penyakit) tidaklah aku balas melainkan syurga.

“Siapa nak tengok ahli syurga, tengoklah orang kelainan upaya. Orang kelainan upaya itu pandangan mata kita. Tapi di sisi Allah dah sedia syurga untuk mereka,” katanya.

Beliau membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Amirudin pula berkata ayat tersebut merupakan satu teguran kepada umat Islam agar menghormati manusia, kelahiran dan kehidupan.

“Kehidupan mungkin berbeza dengan kita, suaranya mungkin, penampilannya dan juga caranya. Jadi, masing-masing itu adalah kurniaan Allah yang ada keistimewaanya.

“Surah ini jangan kita berpaling muka, jangan bermasam,” katanya.

Mengulas lanjut ayat ini, Don Daniyal berkata umat Islam hendaklah berlapang dada menerima teguran.

“Pengajaran kedua, andai kata kalau nabi pun Allah ada didik dengan cara teguran, takkan ketua, ibu bapa tak boleh tegur kita..,” katanya.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu – kepentingan infak harta
Episod dua – bersyukur bukti keimanan
Episod tiga – taubat kunci keampunan-Nya
Episod empat – taati ibu bapa
Episod lima – istiqamah dalam beramal
Episod enam – sifat amanah ketika memimpin
Episod tujuh – bina kasih dalam keluarga
Episod lapan – doa pakaian ummah
Episod sembilan – tuntut ilmu
Episod 10  – hidup harmoni masyarakat
Episod 11 – ujian pengukur iman
Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub
Episod 13 – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta
Episod 14  – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin
Episod 15 – peringatan bercakap benar


Pengarang :