Tangkap layar rakaman video ucapan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan dan program tadabbur al-Quran sehari satu ayat.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Empat perkara asas berdepan kemelut, isu kehidupan (VIDEO)

SHAH ALAM, 16 APRIL: Umat Islam hendaklah berpegang kepada empat perkara iaitu al-Quran, sunah, ijmak dan qiyas dalam menjalani kehidupan.

Menghuraikan Surahَ Anَ-Nisa’َ ayat 59 yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata empat perkara itu menjadi asas jika berhadapan dengan segala kemelut dan isu kehidupan.

“Ada orang ambil al-Quran dan sunah sahaja, mereka ketepikan ijmak dan qiyas. Empat perkara ini perlu kita pelajari serta insafi untuk berada di jalan Allah,” kata pensyarah kanan Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amirudin pula berkata ayat yang dibaca itu menyentuh kepada kehidupan di dunia dan ukhrawi termasuk kepentingan berpegang kepada al-Quran, sunah, ijmak dan qiyas

“Ayat ini mengingatkan kita untuk sentiasa mengimbangi kehidupan di dunia dan kehidupan akhirat. Kedua-duanya saling berkait dan saling terangkum.

“Kita ada hubungan dengan Allah dan manusia. Jadi, kita minta kebahagiaan di dunia dan juga kebahagian di akhirat,” katanya.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu  – kepentingan infak harta
Episod dua– bersyukur bukti keimanan
Episod tiga  – taubat kunci keampunan-Nya
Episod empat – taati ibu bapa
Episod lima – istiqamah dalam beramal
Episod enam  – sifat amanah ketika memimpin
Episod tujuh  – bina kasih dalam keluarga
Episod lapan  – doa pakaian ummah
Episod sembilan  – tuntut ilmu
Episod 10 – hidup harmoni masyarakat
Episod 11 – ujian pengukur iman
Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub
Episod 13  – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta
Episod 14  – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin
Episod 15 – peringatan bercakap benar
Episod 16  – hormat sesama manusia
Episod 17 – insan berakhlak mulia warisi alam
Episod 18  – jauhi munafik, harap kematian dalam Islam
Episod 19 – kesulitan dihadapi disertai kesenangan
Episod 20 – nikmat jadi umat Nabi Muhammad
Episod 21 – ganjaran bersedekah, beri hutang
Episod 22 – jaga alam, bertaubat kepada-Nya
Episod 23 – buat kebaikan, jauhi kezaliman
Episod 24 -Takwa kunci toleransi, jaga hubungan sesama manusia

 


Pengarang :