Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sijil kepada graduan pada Majlis Konvokesyen Pusat Pembangunan Kemahiran teknikal Selangor (STDC) ke-23 di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz pada 10 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB sempurnakan konvokesyen STDC, 346 pelajar terima sijil, diploma

SHAH ALAM, 10 JUN: Seramai 346 pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) menerima sijil dan diploma masing-masing sempena Majlis Konvokesyen ke-23 hari ini.

Majlis di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri (SUK) di sini disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Penerima terdiri daripada pelajar jurusan teknologi maklumat, teknologi automatif, kejuruteraan elektrikal dan teknologi penyaman udara.

Selain itu, pelajar kursus semburan cat, teknologi motosikal, teknologi elektronik, tekstil dan pakaian, pastri, kulinari, kecantikan dan rekaan rambut.

Majlis Konvokesyen Pusat Pembangunan Kemahiran teknikal Selangor (STDC) ke 23 di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz pada 10 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Amirudin turut menyampaikan Anugerah Khas Dato’ Menteri Besar kepada pelajar diploma automatif, Airish Azman Abdul Rahman dan Anugerah Inspirasi Belia kepada pelajar pembuatan pakaian wanita, Khaire Idris.

Manakala Anugerah Semangat Jati Diri kepada Zulkamal Lujaini Haskat dan Norashikin Azhari selain penyerahan sijil kepada G Syarmala bagi mewakili anaknya mendiang G Logeswaran yang meninggal dunia pada 23 Mei.


Pengarang :