Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial Malaysian Meteorological Department serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lapan daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 7 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di lapan daerah di Selangor sehingga jam 5 petang ini.

Agensi itu memaklumkan daerah terlibat adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama diramal melanda beberapa daerah di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :