Foto Facebook MBPJ
PBTSELANGOR

Kempen bayar cukai taksiran dalam talian, MBPJ tawar banyak hadiah menarik

SHAH ALAM, 3 JAN: Warga Petaling Jaya berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi kempen bayar cukai taksiran secara dalam talian.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan kempen bermula 1 Januari hingga 29 Januari itu menawarkan pelbagai hadiah seperti pembersih udara, ketuhar gelombang mikro dan seterika wap.

“Pembayaran perlu dilakukan menerusi ePay@MBPJ dan melibatkan jumlah secara satu tahun tanpa memiliki sebarang tunggakan,” maklum pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

Untuk maklumat lanjut hubungi 03-79563544 sambungan 102, 103, 108, dan 109 atau layari laman sosial dan laman sesawang MBP www.mbpj.gov.my.


Pengarang :