Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Balakong di Kampung Jambu, Kajang pada 23 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sungai Tua, Morib, Jeram lokasi jualan barang dapur murah esok

SHAH ALAM, 18 FEB: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di tiga lokasi esok mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jualan murah itu berlangsung di Dataran Bougainvilla Kampung Sungai Kerta (Sungai Tua), Dewan Orang Ramai Kampung Kanchong Darat (Morib) dan hadapan Dewan MPKS Desa Coalfield (Jeram).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih setiap hari kecuali Jumaat dan cuti umum, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh sebagai rakan strategik bagi melaksanakan program JER termasuk penyediaan lokasi jualan dan logistik di 55 premisnya.

PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Hujung tahun lalu, PKPS turut menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti 2023 sempena Persidangan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ekoran kejayaan cemerlang termasuk pengendalian JER.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

 


Pengarang :