Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Manfaat Ramadan dengan terus berdoa, Allah maha mendengar (VIDEO)

SHAH ALAM, 31 MAC: Umat Islam diingatkan untuk terus memanfaatkan Ramadan dengan berdoa agar segala hajat dimakbulkan Allah.

Demikian pesanan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan surah al-Baqarah ayat 260 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

“Allah dengar doa setiap orang, siapapun dalam keadaan apapun, dalam bentuk bercakap sekalipun…Allah akan mendengar doa kita. Oleh itu di bulan Ramadan berdoalah kerana bulan ini doa mustajab sepanjang masa.

“Ada yang bertanya kepada saya  adakah dirinya layak untuk berdoa kerana banyak berbuat dosa. Jadi saya menjawab jika begitu gambaran kamu tentang diri kamu, maka kamulah yang paling berhak kepada doa yang mustajab kerana Allah maha mendengar,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

 

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin turut mengajak umat Islam untuk terus menjaga hubungan dengan Allah selain terus berdoa kerana Allah sentiasa menjawab permintaan hamba-Nya.

“Yang paling penting, kita teruskan berdoa, jaga hubungan kita dengan Allah. Inilah kasih sayang Allah yang mengurniakan Ramadan, menjawab permintaan semua manusia yang beriman dan patuh kepada-Nya,” katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik
Episod 5: amanah, cerita kebenaran
Episod 6: bersatu hati, elak pertikaian
Episod 7: ilmu datang dari pelbagai arah
Episod 8: kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan
Episod 9: wajib berbakti kepada ibu bapa
Episod 10: berdoa agar amalan diterima Allah
Episod 11: manfaat pancaindera untuk timba ilmu
Episod 12: kongsi rezeki dan yakin balasan Allah
Episod 13: ujian itu hikmah, jadi insan hebat
Episod 14: istiqamah mengingat Allah
Episod 15: ujian Allah sesuai kemampuan
Episod 16: bercakap benar, beradab dalam berbicara
Episod 17: pemimpin berbincang sebelum buat keputusan
Episod 18: Rasullullah susuk penting
Episod 19: waspada sifat orang munafik

 


Pengarang :