Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ujian datang dengan hikmah, reda untuk jadi insan hebat (VIDEO)

SHAH ALAM, 24 MAC: Manusia tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai ujian selagi belum munculnya hari kiamat.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan surah al-Ankabut’ ayat dua yang dibacakan qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Beliau menjelaskan setiap ujian dihadapi mempunyai hikmah tersendiri kerana Allah SWT mahu menjadikan manusia insan yang hebat.

“Manusia dan ujian berpisah tiada sebab kehidupan ini keras. Allah SWT nak jadikan kita orang hebat seperti tanah liat, dibakar untuk jadi keras, tahan.

“Begitu juga dengan permata. Asalnya dari arang tapi bila alami tekanan (proses pembuatan) terus jadi permata yang cantik. Begitu juga dengan nabi-nabi. Mereka juga diuji.

“Tengok Nabi Muhammad SAW. Mak, ayah, datuk, pakcik, isteri, anak meninggal. Bayangkan air mata nabi. Sekarang kita yang dapat rasai hikmahnya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin berkata ujian adalah lumrah kehidupan namun setiap manusia harus tabah menghadapi rancangan Allah SWT yang akhirnya bakal memberi kemenangan atau kegembiraan.

“Seperti penularan Covid-19. Ada banyak hikmah dan pengajaran penting kita dapat. Antaranya ketika musim perayaan. Kita patah balik kepada asas beraya dengan keluarga dan jiran-jiran.

“Selalunya kita pergi ke rumah-rumah terbuka. Ini hikmahnya dan wajar untuk kita redai,” katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik
Episod 5: amanah, cerita kebenaran
Episod 6: bersatu hati, elak pertikaian
Episod 7: ilmu datang dari pelbagai arah
Episod 8: kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan
Episod 9: wajib berbakti kepada ibu bapa
Episod 10: berdoa agar amalan diterima Allah
Episod 11: manfaat pancaindera untuk timba ilmu
Episod 12: kongsi rezeki dan yakin balasan Allah

 


Pengarang :