Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pemimpin berbincang sebelum buat keputusan demi kebaikan rakyat (VIDEO)

SHAH ALAM, 28 MAC: Pemimpin bagi sesebuah kerajaan tidak membuat sesuatu keputusan sesuka hati sebaliknya ia adalah hasil keputusan bersama keseluruhan pentadbiran.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan surah An-Naml ayat 32 dan 33 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Jelas Don Daniyal, ayat tersebut menerangkan bagaimana seorang pemimpin yang dilantik akan bermesyuarat atau berbincang dalam memutuskan sesuatu perkara demi kebaikan masyarakat.

“Untuk pengetahuan, semua kena tahu bahawa keputusan sesebuah negeri bukan senang begitu juga membabitkan agama. Contohnya dalam hendak menentukan asnaf perlulah melalui cartanya.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

“Oleh demikian, kita yang tidak duduk dalam pentadbiran janganlah menuduh atau mengata. Ini tidak ada dalam skrip, tetapi diceritakan dalam ayat ini yang mana Ratu Balqis memanggil semua menterinya sebelum membuat sebarang keputusan.

“Begitu juga dalam agama, mufti tidak akan keluarkan fatwa melainkan selepas berbincang dengan ketua agama, kesihatan dan kewangan. Kena kumpul semua baru keluar fatwa,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin memaklumkan sebagai pemimpin perlulah berkata tepat dan benar, bukan semata-mata mahu mengampu.

“Sebagai pemimpin perlu beritahu perkara tepat bukan hanya untuk menyukai atau mengampu atau berkata buruk sahaja. Adakala kebenaran memang pahit tetapi ia perlu disampaikan dengan betul.

“Itulah hikmah yang perlu dipelajari dalam al-Quran, menjaga hubungan bukan sahaja terhadap Allah SWT tetapi dengan manusia,” katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik
Episod 5: amanah, cerita kebenaran
Episod 6: bersatu hati, elak pertikaian
Episod 7: ilmu datang dari pelbagai arah
Episod 8: kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan
Episod 9: wajib berbakti kepada ibu bapa
Episod 10: berdoa agar amalan diterima Allah
Episod 11: manfaat pancaindera untuk timba ilmu
Episod 12: kongsi rezeki dan yakin balasan Allah
Episod 13: ujian itu hikmah, jadi insan hebat
Episod 14: istiqamah mengingat Allah
Episod 15: ujian Allah sesuai kemampuan
Episod 16: bercakap benar, beradab dalam berbicara

 


Pengarang :