Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Umat Islam perlu bersatu hati, elak pertikaian bawa perpecahan (VIDEO)

SHAH ALAM, 17 MAC: Umat Islam perlu bersatu hati dan tidak mempertikaikan sesuatu perkara sehingga membawa kepada perpecahan atau bercerai-berai.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan surah Ali ‘Imran ayat 105 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Mengambil contoh kisah Nabi Musa, Don Daniyal menjelaskan Allah SWT memerintahkannya memukul batu untuk mengeluarkan air dan diberikan kepada Bani Israel.

“Nabi Musa telah memukulnya dan terbitlah 12 mata air untuk diberikan kepada Bani Israel, namun ketika itu juga mereka bergaduh sesama sendiri. Di sini jelas menunjukkan sikap bangsa Yahudi tidak bagus.

“Begitu juga dengan Islam di tanah Arab mempunyai pelbagai mazhab seperti Imam Syafie dan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berlaku pertikaian. Ulama-ulama belajar daripada kesalahan di tanah Arab dan bawa ke alam Melayu supaya bersatu hati pada satu mazhab.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

“Begitu juga pemimpin, jika hendak jadi pemimpin perlu kesatuan ini supaya memudahkan pentadbiran,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dalam pada itu, Amirudin turut memberi ingatan agar semua rakyat dan umat Islam terutama di bulan mulia terus bersatu padu terutama dalam perkara yang benar.

“Insya-Allah ia akan membawa kepada kemakmuran dan kejayaan kepada kehidupan di dunia terutama semasa mentadbir.

“Kalau ada khilaf atau perbezaan pun ia harus ditangani dengan adab yang betul jangan sampai mencerca, memaki hamun dan berbunuhan. Ini sebenarnya perangai yahudi dan nasrani yang patut dielakkan,” ujarnya.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah.

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: Jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik
Episod 5: amanah, cerita kebenaran

 

 

 

 

 


Pengarang :