Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Orang berilmu perlu amanah, cerita kebenaran (VIDEO)

SHAH ALAM, 16 MAC: Golongan berilmu perlu bersikap amanah dengan menyampaikan kebenaran bukannya melakukan pembohongan.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan surah al-Baqarah ayat 79 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Don Daniyal berkongsi kisah ahli kitab yang melihat tanda kenabian ketika bertemu Muhammad dan meminta Abu Thalib membawa Baginda pulang demi keselamatan.

“Ketika berusia 11 tahun Muhammad dibawa berniaga oleh Abu Thalib ke Syam, sebuah negeri yang melahirkan ramai ahli kitab. Ahli-ahli kitab yang berilmu ketika itu sedia untuk membunuh Muhammad.

“Dalam keadaan itu, Allah menggerakkan hati salah seorang daripada ahli kitab bernama Buhaira dengan melihat awan dari jauh dan yakin bahawa budak (Muhammad) mesti ada berhampiran.

“Buhaira telah menjemput rombongan masuk dalam gereja kecuali Muhammad berada di luar. Buhaira telah keluar dan melihat Muhammad sedang menghadap Mekah dan tidak melihat gereja.

“Abu Thalib turut terkejut apabila Buhaira mengetahui identiti Muhammad yang tiada ibu bapa. Buhaira terus mengatakan peribadi Muhammad ada dalam kitab taurat dan injil. Buhaira juga menyuruh membawa Muhammad balik kerana ramai ingin membunuhnya,” jelas beliau dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

Sementara itu, Amirudin turut memperingatkan orang yang mempunyai maklumat dan ilmu supaya beramanah menyampaikan kebenaran selain tidak bersikap ego.

“Orang berilmu itu tahu tentang sesuatu kebenaran tetapi tidak mahu menyampaikan kebenaran kerana bimbang hilang pengaruh atau dipandang serong,” katanya.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: Jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik


Pengarang :