Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Terus berbuat amal kebaikan, berdoa pasti Allah makbulkan (VIDEO)

SHAH ALAM, 12 MAC: Umat Islam diingatkan untuk terus melakukan amal kebaikan sebelum berdoa agar semua yang dihajati dimakbulkan Allah.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan ayat 5 Surah Al-Fatihah yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

“Kita pada hari ini tidak kena, doa sakan tetapi amal soleh kita tidak mahu buat. Puasa pun tidak mahu,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

“Kata ahli sufi, malam itu panjang, jangan pendekkan dengan tidur. Siang itu cerah, jangan gelapkan dengan dosa,” kata Don Danial yang mengajak umat Islam memanfaatkan masa yang ada dengan melakukan amal kebaikan.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin berkata manusia sebagai insan yang lemah perlulah beradab ketika memohon pertolongan dari Allah.

“Satu ayat yang pendek dan selalu kita bacakan ini mengandungi konsep ketuhanan iaitu hanya Allah yang kita sembah dan hanya Allah tempah kita mohon pertolongan.

“Sudah pastilah ada adab-adabnya ketika memohon pertolongan. Apa yang penting adalah amal yang baik diikuti dengan doa dan insya-Allah akan dimakbulkan,” katanya.

 

 


Pengarang :