Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Bercakap benar, beradab dalam berbicara amat dituntut Islam (VIDEO)

SHAH ALAM, 27 MAC: Kepentingan bercakap benar dan menjaga adab ketika berbicara amat dituntut dalam Islam kerana lisan adalah kunci segala kebaikan.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan ayat 70 dan 71 Surah al-Ahzab yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Don Daniyal berkata ayat itu menjelaskan tuntutan Allah untuk manusia menyampaikan perkara yang benar dengan cara dan perkataan yang baik.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

“Oleh itu kepada kawan-kawan kita, pemimpin-pemimpin dan sebagainya yang ingin menyampaikan (ilmu, perkara yang mereka tahu) gunalah lenggok bahasa yang kena (betul).

“Sebab itu Allah sebut (sampaikan) perkataan yang benar dan tepat. Maknanya benda (perkara) betul tapi kaedah sampaikan pun kena betul,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin berkata amat penting menjaga tutur kata dan bahasa dengan orang sekeliling termasuklah dengan mereka yang bukan beragama Islam.

“(Ayat ini) ingatan (untuk) orang beriman dan bertaqwa kepada Allah agar katakan perkataan yang tepat dan benar dalam segala perkara.

“Adab dan perangai adalah perkara yang penting dalam kehidupan kita. Ingatlah, Ramadan salah satu kuncinya adalah mendidik kita supaya beradab dan berperilaku (baik). Elakkan daripada mengumpat, perkataan kotor dan sebagainya,” katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik
Episod 5: amanah, cerita kebenaran
Episod 6: bersatu hati, elak pertikaian
Episod 7: ilmu datang dari pelbagai arah
Episod 8: kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan
Episod 9: wajib berbakti kepada ibu bapa
Episod 10: berdoa agar amalan diterima Allah
Episod 11: manfaat pancaindera untuk timba ilmu
Episod 12: kongsi rezeki dan yakin balasan Allah
Episod 13: ujian itu hikmah, jadi insan hebat
Episod 14: istiqamah mengingat Allah
Episod 15: ujian Allah sesuai kemampuan


Pengarang :