Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik (VIDEO)

SHAH ALAM, 15 MAC: Hati merupakan elemen paling penting dalam tubuh badan manusia yang menentukan peribadi insan beriman.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan surah al-Baqarah ayat 74 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Don Daniyal berkata dalam ayat tersebut Allah menggambarkan mengenai kepentingan menjaga hati yang diibaratkan sebagai raja dalam badan manusia.

“Rasulullah SAW ada bersabda, dalam badan manusia ada seketul daging. Sekiranya ia baik maka baiklah keseluruhannya dan jika tidak, makan tidak baiklah keseluruhannya.

“Dalam Islam tiada istilah mulut puaka tetapi hati baik. Hati yang bersih akan lahirkan luaran yang elok dan hati juga menentukan arah tuju hidup kita,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosiall  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin turut mengajak umat Islam untuk melazimi bacaan serta memperdengar ayat al-Quran dan zikir bagi menjaga hati daripada perkara tidak baik.

“Hati ini akan diterjemah dengan perilaku yang dipanggil sebagai adab. Adab itu yang akan membawa kita kepada kehidupan yang baik atau pun sebaliknya,” katanya.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan


Pengarang :