Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Umat Islam diseru sentiasa berdoa agar amalan diterima Allah (VIDEO)

SHAH ALAM, 21 MAC : Umat Islam diingatkan sentiasa berdoa selepas melaksanakan sesuatu ibadah agar amalan diterima dan diredai Allah.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan ayat 127 Surah al-Baqarah yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

“Ambil iktibar daripada ayat al-Quran ini, ada orang amalannya kecil sahaja tetapi besar disisi Allah manakala ada orang amalannya besar tetapi kosong bagi Allah.

“Sebagai contoh, ada satu hadis mengisahkan seorang umat ini amalan baiknya sikit sangat berbanding amalan jahatnya tetapi akhirnya takdir dia ke syurga kerana dia berbuat kebaikan diakhirnya.

“Manakala, terdapat juga orang alim atau yang banyak bersedekah tetapi ditakdirkan ke neraka kerana niatnya tidak betul sebagai contoh dia riak hingga menyebabkan Allah tidak reda,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial  Amirudin ShariMedia Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin turut menitipkan nasihat kepada seluruh umat Islam untuk meneruskan tradisi berdoa kepada Allah.

“Semoga kita teruskan tradisi berdoa dan meminta kepada Allah apatah lagi kita insan lemah insan kecil yang banyak kelemahan.

“Semoga kita diberi keselamatan di dunia dan di akhirat insya-Allah,” katanya mengakhiri program berkenaan.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik
Episod 5: amanah, cerita kebenaran
Episod 6: bersatu hati, elak pertikaian
Episod 7: ilmu datang dari pelbagai arah
Episod 8: kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan
Episod 9: wajib berbakti kepada ibu bapa

 


Pengarang :