Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan bersalaman bersama tetamu pada majlis jamuan Aidilfitri FAS 2024 di Wisma MBSA, Shah Alam pada 29 April 2024. Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hampir 1,000 tetamu memeriahkan rumah terbuka agensi bawah Raja Muda

SHAH ALAM, 29 APRIL: Hampir 1,000 tetamu memeriahkan sambutan rumah terbuka Aidilfitri agensi bawah kepimpinan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, hari ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Banquet MBSA itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, EXCO Sukan Najwan Halimi, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin serta Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon.

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan beramah mesra bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) pada majlis jamuan Aidilfitri FAS 2024 di Wisma MBSA, Shah Alam pada 29 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Ketua pegawai eksekutif Selangor Youth Community (SAY) berkata majlis merupakan acara tahunan diadakan pihaknya bersama Selangor FC, Persatuan Bola Sepak Selangor serta Yayasan Raja Muda Selangor.

“Hari ini kita jemput lebih 900 tetamu terdiri penaja utama, pemain, wakil agensi, pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan serta pihak yang selalu berurusan.

Tetamu menikmati juadah raya pada majlis jamuan Aidilfitri FAS 2024 di Wisma MBSA, Shah Alam pada 29 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Semua agensi bawah kepimpinan Tengku Amir Shah sentiasa bekerjasama menjayakan sebarang aktiviti terutama berkaitan kebajikan masyarakat,” kata Aiman Syafiq Nazri kepada SelangorKini.

Dalam majlis berkenaan Raja Muda Selangor yang mengenakan sepersalinan baju Melayu lengkap bersamping turut meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu.

Tetamu menikmati juadah raya pada majlis jamuan Aidilfitri FAS 2024 di Wisma MBSA, Shah Alam pada 29 April 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :