Jemaah haji menerima Insentif Haji Muassasah di kaunter yang dibuka pada 24 Julai 2023 di LG Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari. Foto Facebook Ahmad Azri
BERITA UTAMASELANGOR

Permohonan Insentif Haji Muassasah bernilai RM500 dibuka mulai 6 Mei

SHAH ALAM, 1 MEI: Permohonan Insentif Haji Muassasah bernilai RM500 tahun ini dibuka mulai 6 Mei sehingga 23 Ogos, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata permohonan boleh dibuat di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pejabat Penyelaras DUN masing-masing.

“Saya berharap usaha ini dapat memudahkan urusan perjalanan bagi para jemaah yang bakal meraikan dhuyufurrahman pada tahun ini,” katanya dalam menerusi aplikasi X.

Amirudin sebelum ini berkata seramai 6,000 jemaah haji negeri layak menerima bantuan RM500, manakala 36 jemaah dibiaya sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri untuk menunaikan ibadah itu tahun ini.

Menerusi belanjawan tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntuk RM3 juta untuk skim Permohonan Insentif Haji Muassasah, meningkat RM1.5 juta berbanding tahun lalu.

Selain wang tunai, jemaah juga turut menerima kit syifa seperti ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.


Pengarang :