Umat Islam bersembahyang di Masjidil Haram semasa ziarah haji tahunan di Mekah, Arab Saudi pada 8 Ogos 2019. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

6,000 jemaah Selangor terima insentif haji muassasah RM500

GOMBAK, 29 APRIL: Seramai 6,000 jemaah haji negeri ini layak menerima Insentif Haji Muassasah bernilai RM500 tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata insentif berkenaan bertujuan membantu jemaah haji yang memerlukan membuat persiapan menunaikan ibadah itu.

“Selangor merupakan negeri paling ramai jemaah haji terpillih menjadi tetamu Allah tahun ini, kira-kira 8,000.

“Daripada jumlah itu, kira-kira 6,000 daripadanya diberi bantuan insentif muassasah RM500, Selain itu, 36 jemaah haji dibiaya sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri untuk menunaikan ibadah itu tahun ini.

“Saya percaya tiada negeri lain yang mampu laksana apa yang kita lakukan terutama dalam membantu jemaah haji yang ingin menunaikan ibadah haji,” katanya berucap pada Majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Gombak di Dataran Sungai Tua di sini, malam tadi.

Menerusi belanjawan tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntuk RM3 juta untuk skim Permohonan Insentif Haji Muassasah, meningkat RM1.5 juta berbanding tahun lalu.

Selain wang tunai, jemaah juga turut menerima kit syifa seperti ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.

 


Pengarang :