EKONOMIRinggit

Ringgit, Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR, 13 FEB: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pagi ini ekoran mata wang asing itu susut daripada keuntungan terdahulu.

Ia juga didorong sentimen tempatan positif menjelang pengumuman laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2017, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 3.9350/9380 berbanding dolar AS daripada penutup semalam, iaitu 3.9370/9400.

Sementara itu, Bursa Malaysia turut dibuka tinggi hari ini, melanjutkan keuntungan ke atas minat belian yang berterusan dengan sentimen yang berkurangan.

Ia ekoran prestasi semalaman di Wall Street yang lebih baik, kata peniaga.

Pada jam 9.11 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,833.06, naik 3.04 mata selepas dibuka 3.64 mata lebih baik iaitu 1,833.81 berbanding penutup semalam, iaitu 1,830.17.

*Sumber: BERNAMA


Pengarang :