SUKANKINI

Thanabalan harap keretanya dijumpai walau tinggal rangka

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 2 JAN: Kereta Iswara milik penyerang negara, N.Thanabalan hilang selepas menjalani upacara keagamaannya ketika sambutan Thaipusam di Batu Caves, kelmarin.

Menurut pemain kelahiran Rantau, Negeri Sembilan itu, beliau menyedari kereta Iswara berwarna biru bernombor pendaftaran TQ 5158 miliknya hilang sekitar jam 5 pagi, Rabu.

“Saya memang terkejut sangat apabila kereta saya hilang dan ketika itu saya bersama keluarga.

“Saya harap ia dapat dijumpai walaupun tinggal ‘body’ sahaja,” katanya dipetik Mstar

Thanabalan turut memaklumkan beliau telah membuat laporan polis berkenaaan kehilangan kereta kesayangannya itu.

“Walaupun saya beli Iswara itu murah tetapi nilai sentimentalnya lebih penting.

“Saya anggap itu seperti tuah saya sebab lepas saya beli, keadaan hidup saya makin berubah dan prestasi saya dalam bola sepak semakin baik.

“Kalau lepas ni jumpa dan tak lengkap pun tak apa. Saya boleh buat balik,” katanya.

Pada masa sama, turut mengalami kes kehilangan kereta milik pemain bola sepak Kedah, Mohd Ariff Farhan jenis Honda Civic Type R bewarna putih selepas dikatakan baru pulang dari latihan di Stadium Darul Aman petang Rabu.


Pengarang :