SELANGOR

Keluarga orang Asal terima sumbangan LZS

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 15 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) melaksanakan program Ziarah Dakwah ke Kampung Orang Asli Sungai Jang, Kuala Kubu Bharu bagi menyampaikan sumbangan dan mendekati komuniti orang Asal dengan tujuan dakwah.

LZS menerusi Facebook berkata, program itu membabitkan 26 keluarga orang Asal dengan lima daripadanya beragama Islam yang tergolong sebagai asnaf fakir miskin dan muallaf.

“Selain daripada memberi sumbangan dalam bentuk keperluan, program ini turut memberi peluang kepada Zakat Selangor mengenal pasti keperluan asnaf fakir miskin dan muallaf terbabit.

“Program in dilihat sebagai satu dakwah yang akan membuka ruang hidayah supaya lebih ramai keluarga orang Asal berminat mendekati Islam, seterusnya mendapat cahaya keimanan,” katanya.

Turut hadir wakil Pejabat Agama Islam, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Penggerak dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) daerah Hulu Selangor.


Pengarang :