NASIONAL

Bekas pengerusi SPR seru sertai PACA elak penipuan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 23 APR: Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Rahman menyeru rakyat menyertai Polling Agent dan Counting Agent (PACA) bagi mengawasi proses undi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Katanya, menerusi penglibatan itu, PACA boleh menyuarakan bantahan jika timbul salah laku dalam proses pilih dan kira undi.

“Contohnya, kalau kerani di tempat mengundi melakukan kesalahan atau seandainya berlaku berat sebelah oleh ketua tempat mengundi, PACA lah benteng pertahanan jika ia berlaku.

“Saya juga berikrar untuk menghalang apa saja salahlaku oleh SPR, dan saya tak akan biarkan SPR diperalatkan oleh Barisan Nasional (BN) lagi,” katanya yang juga Naib Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia.

Katanya, PACA adalah landasan terbaik buat rakyat untuk memastikan setiap undi terjaga.

“Seramai 20,000 sukarelawan PACA diperlukan untuk disalurkan dalam 40 kerusi marginal.

“Kita hanya ada 6,000 PACA. Oleh itu , saya menyeru semua rakyat untuk menjadi PACA dengan mendaftar di https://buff.ly/2ItWxo9,” katanya.


Pengarang :