Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
PBTSELANGOR

Home Help Service bantu golongan kurang berkemampuan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 16 APR: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan melaksanakan Program Jalinan Kasih Home Help Services MPSJ 2018 dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan.

Timbalan Pengarah Korporat Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, program anjuran kali keempat itu mendapat bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Cawangan Subang Jaya dan Jawatankuasa Penduduk Zon 19.

Program itu untuk membantu meringankan beban golongan warga emas, berpendapatan rendah dan orang kelainan upaya (OKU) di kawasan pentadbirannya pda 19 April ini.

“Bantuan berupa barang-barang keperluan asas dan wang tunai itu diharap dapat mengurangkan beban kos sara hidup yang ditanggung golongan itu di kawasan ini.

“Sementara itu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Permata Hati iaitu pusat pemulihan bagi warga OKU dilantik untuk memberikan latihan kepada golongan warga emas,” katanya.

Orang awam yang ingin membantu boleh menyampaikan sumbangan ke Bahagian Khidmat Komuniti, Jabatan Pembangunan Masyarakat MPSJ selewat-lewatnya pada 16 April ini.

“Antara barang keperluan yang dialu-alukan untuk diderma pada program ini adalah lampin pakai buang, beras, gula, tepung, perisa minuman dan wang tunai,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian 03-5621 0060 dengan sambungan 166 atau faks ke 03-56210255.

=EZY=


Pengarang :