SELANGOR

INPENS laksana program transformasi kepimpinan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 5 APR: Kolej Antarabangsa Inpens (INPENS) melaksanakan Program Transformational and Sustainable Leadership for Hods of INPENS sebagai satu inisiatif melatih kakitangannya dalam urus tadbir yang lebih cekap.

Ketua Eksekutif INPENS, Tuan Ahmad Zabri Mohd Yaman berkata, ia adalah proses ketiga transformasinya dengan melibatkan 16 kakitangan daripada Eksekutif dan Ketua Sektor di kolej itu, pada 30 Mac hingga 1 April lalu.

“Program ini adalah langkah memastikan transformasi INPENS dapat dijayakan dengan barisan pengurusan sempurna.

“Segala fasa transformasi sebelum ini lebih melibatkan prasarana INPENS, tetapi pada fasa ketiga ini penumpuan adalah lebih kepada pembangunan daya kepimpinan barisan pengurusan INPENS agar lebih berkredibiliti dan berwawasan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, program selama tiga hari itu, kakitangan didedahkan tentang strategi kepimpinan dimana peserta yang terlibat diperkenalkan dengan metodologi penyelesaian sesuatu isu di dalam sesebuah organisasi.


Pengarang :