NASIONAL

PRU14: PAKATAN yakin menang melainkan ditipu

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 6 APR: Pakatan Harapan (Pakatan) optimis memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, melainkan hanya ditipu.

Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, melalui kajian dijalankan Merdeka Centre dan Invoke membuktikan Pakatan berjaya menawan hati pengundi, sekali gus beberapa negeri.

“Pakatan juga sudah dilihat kuat melaui teraju parti iaitu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Menyoroti sejarah, Pakatan bermula dengan Barisan Alternatif pada 1999 dan ia dilihat semakin kuat serta digeruni lawan, tidak dinafikan Barisan Nasional (BN) pula semakin terkebelakang,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Tze Tzin berkata, pengundi juga akan tertumpu pada Pakatan memandangkan Selangor dan Pulau Pinang yang diterajui Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng lebih menonjol berbanding negeri lain.

“Selangor dan Pulau Pinang berjaya membawa pelabur besar serta kemajuan seiring kehendak rakyat.

“Sudah pasti kali ini pengundi mahu perubahan lebih besar dan mereka yakin dengan pemimpin dilahirkan Pakatan,” katanya.

 


Pengarang :