SELANGOR

MB makan bersila bersama rakyat seusai Isyak berjemaah

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KLANG, 2 MEI: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkesempatan menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Jamek Ar Rahimiah, di sini, malam tadi.

Ketibaan beliau kira-kira jam 8.45 malam disambut mesra ahli jawatankuasa masjid dan jemaah.

Sejurus selesai menunaikan solat Isyak, Mohamed Azmin menikmati hidangan lontong dan duduk bersila sambil tersenyum mesra bersama-sama jemaah yang hadir.

Sebelum beredar meninggalkan majlis, beliau dilihat sempat melambai tangan ke arah jemaah yang mengiringi beliau sehingga ke perkarangan masjid berkenaan.

Beliau kemudian meneruskan Jelajah KEADILAN dengan menghadiri Ceramah Umum (DUN Sungai Kandis) di Pusat Rakan Muda, Taman Sri Andalas.

Dalam Jelajah KEADILAN berkenaan, Mohamed Azmin juga dijadualkan menghadiri Ceramah Umum di Seksyen 23, Shah Alam.


Pengarang :