SELANGOR

MBI agih bubur lambuk di Putrajaya

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 23 MEI: Inisiatif mengimarahkan keberkatan Ramadan Al Mubarak turut diraikan Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated-MBI) menerusi agihan 1,500 bubur lambuk kepada masyarakat, melangkaui sempadan negeri ini.

Agihan bubur kambing kuzi itu dilakukan pada Majlis Agih Bubur Lambuk CSR MBI Selangor, di Bangunan Kompleks Pusat Islam, Putrajaya, semalam.

Ketua Jabatan Tanggungjawab Sosial dan Korporatnya, Mohd Jaafarudin Md Ali berkata, usaha itu akan dilaksanakan sepanjang Ramadan ini.

“Ini bukan destinasi terakhir kerana banyak lagi lokasi lain akan dibuat.

“Kita tidak berhalang untuk melaksanakan tanggungjawab sosial ini di kawasan lain khususnya di luar Selangor seperti Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir mewakili MBI mengedarkan agihan bubur lambuk kepada penjawat awam Putrajaya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


Pengarang :