NASIONAL

PAKATAN ajak rakyat tolak BN, sokong calon Bebas di Batu

OLEH HAFIZAN TAIB

KUAL LUMPUR, 5 MEI: Pakatan Harapan (PAKATAN) tidak akan membenarkan Barisan Nasional (BN) ‘mencuri’ Parlimen Batu dengan cara tidak demokratik dan memanipulasi undang-undang.

Pendekatan digunakan BN yang menggunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menafikan hak calon PAKATAN, Tian Chua dan rakyat selaku pengundi bagi membuat pilihan dalam pilihan raya umum ke 14 (PRU14).

“PAKATAN mengutuk taktik BN yang tidak beretika dan membelakang norma demokratik kerana PRU bagi memberi peluang rakyat membuat pilihan secara adil dan bebas untuk menentukan masa depan mereka.

“Dengan ini, kita menyeru pengundi di Parlimen Batu menolak BN dengan menyokong calon Bebas, P Prabakaran sebagai calon alternatif PAKATAN di kawasan itu, ” Kata Majlis Presidennya dalam satu kenyataan.

Kenyataan bersama itu diketuai Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

PAKATAN menjelaskan Prabakaran bersetuju bersama dan menyokong manifestonya yang termaktub dalam Buku Harapan yang mengesahkan agenda reformasinya.

“Mari kita memberi tumpuan dan bersama menyatakan dengan memberi undi kepada Prabakaran, calon bertanding di bawah logo kunci bagi memastikan kemenangannya.

“Tolak BN di Batu dengan mengundi logo kunci untuk PAKATAN dan Malaysia,” katanya.

PAKATAN mengutuk taktik BN yang tidak beretika dan membelakang norma demokratik kerana PRU bagi memberi peluang rakyat membuat pilihan secara adil dan bebas untuk menentukan masa depan mereka.

BN secara terang-terangan memanipulasi SPR dan Pegawai Pengurus dengan menolak pencalonan Tian Chua yang dianggap membelakangkan badan kehakiman di negara ini.

“Kehilangan kelayakan pencalonan Tian Chua jelas mencerminkan pimpinan BN yang cemas dan takut serta bersedia menafikan hak rakyat,” katanya.

=EZY=


Pengarang :