SELANGOR

Rakyat mahu PAKATAN terus tadbir Selangor

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 1 MEI: Rata-Rata rakyat di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga mahu Pakatan Harapan (PAKATAN) terus mentadbir Selangor.

Perkara itu dinyataan salah seorang penduduk, Subramaniam, 70, berkata, kepercayaan beliau hanya kepada PAKATAN kerana beliau percaya banyak manfaat yang diperolehinya selepas Selangor di pegang parti itu.

“Tahun ini juga saya tetap akan undi PAKATAN sama seperti ketika Pilihan Raya Umum (PRU) sebelumnya.

“Wakil rakyatnya juga sangat baik dan memahami permasalahan kami yang hidup serba serdahana. Jadi tahun ini saya tetap mahu Rodziah menang dan Selangor terus dipegang PAKATAN,” katanya ketika ditemui SelangorKini dalam Program Walkabout ADN Batu Tiga.

Suri Rumah, Alimah Salehan, 59 terus menyatakan hasrat bahawa PAKATAN tetap menjadi pilihan ketika di tanya SelangorKini apakah calon parti pilihannya.

“Mestilah PAKATAN. Akak tidak pernah mengundi parti lain selain PAKATAN.

“Walaupun saya tidak mengundi di DUN sini, namun undi saya tetap pangkah kepada PAKATAN.

“Kita sudah cukup berasa senang berada di Selangor, cuma yang kita bimbangkan adalah keadaan ekonomi yang menyebabkan harga barang semakin naik. Kita bukan orang senang. Jadi akak memang berdoa sangat kali ini PAKATAN akan tawan Putrajaya,” katanya dengan penuh semangat.

Sementara itu, A.Letchumee, 55, turut tersenyum menyatakan tanda setuju apabila disoal adakah PAKATAN turut menjadi pilihan partinya.

Beliau berkata, banyak kemudahan yang telah disumbangkan kerajaan PAKATAN untuk rakyat antarnya bas percuma, wifi percuma, dapat kad peduli sihat lagi dan sebagainya.

“Kos perbelanjaan banyak dapat dikurangkan. Jadi untuk apa tukar kerajaan lain, kami sudah selesa dengan Kerajaan Negeri sekarang,” katanya.

=EZY=


Pengarang :