SELANGOR

MB: Jalin hubungan baik dengan semua pihak

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 JUN: Sebagai Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengambil pendekatan menjalin hubungan baik dengan semua Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor termasuk ADN Ijok, Dr Idris Ahmad.

Amirudin berkata, beliau juga tidak teragak-agak menerima idea yang diketengahkan ADN pembangkang sekiranya idea itu rasional dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Sebagai Menteri Besar saya perlu baik dengan semua, saya juga perlu jaga semua orang termasuk pembangkang jika mereka ada idea yang bagus dan rasional untuk kami bangunkan negeri.

“Sedikit perbezaan (dengan Dr Idris) tak mengapa tetapi kami mempunyai banyak persamaan yang diperjuangkan berbanding perbezaan kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Edul Fitr di Dataran Kemerdekaan di sini, hari ini.

Kata Amirudin, beliau dan Idris masih lagi berhubung melalui kumpulan aplikasi whatsapp yang disertai kedua-dua mereka.

“Saya fikir lebih baik kami fokus kepada persamaan kami yang banyak dalam Pakatan Harapan daripada obses dengan perbezaan seperti dalam ucapan saya,” katanya.

=EZY=


Pengarang :