Tiga maut dan lima parah dalam kemalangan membabitkan dua pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang pada 26 April 2024. Foto Facebook Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krai
AGENDAJENAYAH

Tiga maut, lima parah kemalangan dua pacuan empat roda

KUALA KRAI, 27 APRIL: Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.36 malam itu, mangsa yang maut adalah dua lelaki dan seorang wanita.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata pihak bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan dan mendapati kemalangan membabitkan Toyota Hilux yang bertembung Ford Ranger, lapor Berita Harian.

“Ada juga mangsa tersepit dan anggota melakukan kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa.

“Kemalangan mengakibatkan tiga mangsa meninggal dunia dan lima lagi parah.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai,” katanya dua mangsa yang maut dari Toyota Hilux dan seorang lagi adalah wanita dari kenderaan Ford Ranger.


Pengarang :