SELANGOR

Sultan Selangor rasmi Masjid Gombak Utara

OLEH ERMIZI MUHAMAD

GOMBAK, 3 JUN: Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli berangkat merasmikan Masjid Gombak Utara yang siap dibina awal 2018 lalu.

Baginda berangkat tiba di perkarangan masjid, diiringi Tengku Permaisuri, Tengku Norashikin, jam 6.00 petang.

Turut mengiringi baginda Sultan, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Baginda turut berkenan menamakan Masjid berkenaan sebagai Masjid Gombak Utara, menggantikan nama asalnya, Masjid Zakaria, Gombak.

Dalam majlis sama, baginda turut berkenan berbuka puasa bersama warga Gombak, di perkarangan Masjid itu, petang semalam.

Baginda juga berkenan menyerahkan bantuan Aidilfitri kepada penduduk tempatan yang kurang berkemampuan, di kawasan itu.

Terdahulu, RM11 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi hasil wakaf dan dana kewangan masjid disalurkan bagi kerja-kerja pengubahsuaian masjid.

Majlis pecah tanah pembinaan Masjid itu dijalankan pada 2015 lalu.

Sebelumnya, pembangunan masjid itu dibina penduduk tempatan pada 1931.

Dato’ Menteri Besar, berkata pembangunan kerja-kerja naik taraf masjid itu dibuat selepas mengambil kira keperluan institusi keagamaan di kawasan itu.

“Pembangunan pesat di kawasan Gombak Utara termasuk kampus Universiti Islam Antarabangsa, menuntut Kerajaan Negeri menyediakan masjid baru.

“Justeru, pembinaannya bukan sahaja dapat menampung kapasiti jemaah yang ramai, tetapi menyediakan kemudahan untuk beribadah,” katanya.

=EZY=


Pengarang :