SELANGOR

Kaunter EZ-Pay MBPJ sepanjang Julai, mudahkan pengguna

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 4 JUL: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuka kaunter bergerak EZ-Pay sepanjang Julai ini bagi memberi kemudahan kepada orang awam berurusan berhampiran lokasi tempat tinggal mereka.

Menerusi kenyataan, Unit Komunikasi Korporatnya berkata, inisiatif diambil bagi mengurangkan kesesakan di kaunter ibu pejabat MBPJ, terutama pada waktu puncak.

“Kaunter EZ-Pay dibuka bermula 1 hingga 31 Julai untuk kemudahan masyarakat khususnya kepada penduduk yang tinggal sekitar Petaling Jaya membayar cukai dan kompaun.

“Sempena musim pembayaran cukai penggal kedua pada Julai dan Ogos, kaunter bayaran dan salinan bil cukai taksiran di Ibu Pejabat serta Pejabat Cawangan Petaling Jaya Utara turut beroperasi setiap hari minggu dan cuti am.

“Waktu operasi pula bermula jam 9 pagi hingga 4 petang,” katanya.

Antara lokasi kaunter EZ-Pay termasuklah di SD 2/1G (Berhampiran Kedai Tayar STH Auto Services Centre) bermula 1 hingga 8 Julai dari jam 10 pagi hingga 3 petang, dan SD 12/1 (Berhampiran MCDonald’s dan Petron) pada 9 hingga 15 Julai, beroperasi pada masa sama.

Selain itu, MBPJ membua kaunter sama di SS6 (Berhampiran Pasaraya Giant Kecil) bermula 16 hingga 18 Julai (10 pagi hingga 3 petang), di SS24 (Berhampiran Pasar Taman Megah) dari 19 hingga 22 Julai dan beroperasi dalam tempoh masa sama.

Manakala di PJU8 Flora Damansara (Berhampiran Surau) mulai 23 hingga 25 Julai dari 10 hingga 3 petang, dan PJU10 Damansara Damai (Berhampiran McDonald’s) pada 26 hingga 31 Julai, yang turut beroperasi pada masa sama.


Pengarang :