Hadirin mendengar syarahan tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni sempena talaqqi kitab Ihya Ulumuddin dan Mawaqif Al Marjan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 26 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Berasa alim, sombong dengan ilmu dimiliki antara tanda jahil

SHAH ALAM, 26 APRIL: Seseorang yang menuntut ilmu diingatkan supaya tidak sombong berikutan
ia bukan milik penuh manusia, sebaliknya hanya pinjaman Allah SWT.

Tokoh ulama Pattani dalam sesi telaah kitab Ihya Ulumuddin menjelaskan berasa pandai atas ilmu dimiliki dan ‘alim’ kerana banyak beribadah antara tanda orang jahil.

“Ilmu adalah rezeki dan pemberian Allah yang meletakkan usaha mempelajarinya di tempat penting.

Tokoh Ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni menyampaikan pengajian sempena talaqqi kitab Ihya Ulumuddin dan Mawaqif Al Marjan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 26 April 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Kadang-kadang kita usaha sedikit sahaja tetapi dibuat dengan niat dan hati yang bersih, maka hasil menuntut ilmu itu akan menjadi banyak,” kata Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni.

Kupasan itu sebahagian jilid yang ditelaah menerusi program Siri Talaqqi Kitab Turath Islami di Masjid Negeri anjuran Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE).

Program berkenaan kesinambungan daripada Festival Turath Islami Selangor yang diadakan Mei tahun lalu untuk memartabat syiar Islam menerusi penganjuran majlis ilmu mendalam.

Program cetusan idea Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berjaya menarik lebih 10,000 peserta termasuk pelajar keagamaan dari Indonesia, Thailand dan Singapura.

Siri tersebut turut dianjurkan bersama Media Selangor Sdn Bhd, Akademi Pemikiran Turath, pejabat Dato’ Menteri Besar dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.


Pengarang :