SELANGOR

KPKT pelajari formula tubuh PeBT seluruh negara

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 16 JULAI: Kejayaan Kerajaan Negeri mendekati golongan muda menerusi pelbagai program anjuran Penggerak Belia Tempatan (PeBT) berjaya menarik perhatian pihak lain.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, antara pihak terbabit adalah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang berhasrat menjalankan program seperti PeBT ke seluruh negara.

“PeBT kita dipanggil KPKT untuk mereka pelajari bagaimana menubuhkan di seluruh negara, apakah format dan halangannya.

“Kita sedang berbincang dengan mereka untuk menunjukkan formula dan pengalaman bagi membangunkan anak muda seperti program PeBT sejak sembilan tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Showdown World Cup Final di Restoran ARR Corner di Kampung Jawa, di sini, malam tadi.

Amirudin berkata, penubuhan PeBT di seluruh negara bakal memberi kesan positif kepada gerakan belia.

PeBT adalah program untuk belia terbabit aktif dalam penganjuran pelbagai aktiviti.


Pengarang :