SUKANKINI

Unifi Piala Malaysia: JDT-Kedah dan Selangor-Pahang bakal saji pertembungan menarik

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 30 JUL: Penyandang juara Unifi Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal memulakan misi mempertahankan kejuaraan bagi musim 2018 apabila diundi bertemu lawan perlawanan akhir musim 2017, Kedah dalam Kumpulan C.

Majlis undian yang berlangsung di Damansara Performing Arts Centre menyaksikan JDT dan Kedah bakal dicabar dua lagi pasukan, Kelantan serta MIFA dalam kumpulan sama.

Naib juara Unifi Liga Super, Perak pula diundi dalam kumpulan A bersama Terengganu, Kuala Lumpur dan Felcra FC.

Tumpuan pastinya diberikan kepada Kumpulan D yang dihuni juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor yang bakal dicabar Juara Piala FA 2018, Pahang bersama Sabah dan PKNP FC.

Satu lagi kelab dari Selangor, PKNS FC yang menduduki tangga ketiga Unifi Liga Super pula bakal berdepan cabaran Juara Liga Premier 2018, Felda United serta Melaka dan PDRM.

Perlawanan pertama peringkat kumpulan Unifi Piala Malaysia dijangka bermula pada 4 Ogos 2018.

 

Keputusan Undian Unifi Piala Malaysia 2018:

 

KUMPULAN A
– Perak
– Terengganu
– Kuala Lumpur
– Felcra FC

 

Kumpulan B
– PKNS FC
– Melaka
– Felda United
– PDRM

 

Kumpulan C
– JDT
– Kedah
– Kelantan
– MIFA

 

Kumpulan D
– Pahang
– Selangor
– PKNP FC
– Sabah


Pengarang :