SELANGOR

ARRC: Zaqhwan terlepas podium, sekadar keempat

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 6 OGOS: Pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi terlepas peluang menaiki podium apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam saingan SuperSports 600 pada Perlumbaan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Lumba Motor Madras, India, semalam.

Manakala pelumba Australia, Anthony West terus mempamerkan aksi cemerlang apabila meraih kemenangan kedua apabila menamatkan 16 pusingan perlumbaan bersendirian ke garisan penamat dengan masa keseluruhan 27’10.157s.

Selepas muncul juara dalam Perlumbaan 1, semalam, West sekali lagi menguasai perlumbaan dengan meninggalkan Tomoyoshi Koyama (Musashi Boon Siew Honda Racing) untuk naib juara dengan masa 27’17.240s diikuti Taiga Hada (Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10) ketiga (27’17.568s).

Zaqhwan bermula dari petak ketiga terpaksa berpuas hati di tempat keempat sekalipun seringkali berada di kedudukan podium ketika bersaing sengit bersama Koyama dan Haida, namun akur dipintas kedua pelumba itu pada penghujung perlumbaan serta melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 2718.209s.

“Saya agak kecewa dengan prestasi hari ini kerana pada satu ketika sudah berada di kedudukan podium namun adat perlumbaan, sebarang kesilapan boleh membawa kekecewaan.

“Saya sudah mencuba yang terbaik dan turut berterima kasih kepada seluruh pasukan yang bekerja keras pada minggu ini.

“Kami akan cuba membuat lebih baik di Indonesia selepas ini,” kata Zaqhwan.

Dua kemenangan di India meletakkan West terus menerajui kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 136 mata sementara seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang menamatkan perlumbaan di tempat kelima naik ke tangga kedua (85 mata).

Pelumba Jepun, Yuki Ito yang terjatuh pada selekoh terakhir perlumbaan ketika sedang berada di kedudukan keempat turun ke tangga ketiga (76 mata).

Sementara itu, Ahmad Fazli Sham menamatkan saingan dengan cemerlang apabila berjaya meraih gelaran berganda setelah muncul juara Perlumbaan 2 Underbone 150cc dengan masa keseluruhan 18’59.247s.

Mengekori di belakang pelumba ONEXOX TKKR Racing itu ialah Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 18’59.355s manakala rakan sepasukan Helmi, Travis Hall berjaya meletakkan nama selaku pelumba Australia pertama menjejakkan kaki di podium dalam kelas sama dengan penamat di tempat ketiga.

Dua gelaran naib juara di India membantu Helmi untuk terus menjarakkan diri selaku pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 134 mata manakala Md Izzat Zaidi (RCB Yamaha YY Pang Racing) kekal di tangga kedua (111 mata) sementara Fazli melonjak ke tangga ketiga (88 mata).

KEPUTUSAN PERLUMBAAN 2

SUPERSPORTS 600CC

1 AnthonyWest (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 27:10.157s
2 Tomoyoshi Koyama (JPN) Musashi Boon Siew Honda Racing 27:17.240s
3 Taiga Hada (JPN) Idemitsu Honda Racing India by T.Pro Ten10 27:17.568s
4 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda Racing 27:18.209s
5 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing Kawasaki 27:21.189s

Kedudukan Keseluruhan

1 Anthony West (AUS) Webike IKAZUCHI Racing 136 mata
2 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 85 mata
3 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing Asean 76 mata
4 Tomoyoshi Koyama (JPN) Musashi Boon Siew Honda 66 mata
5 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Musashi Boon Siew Honda 65 mata

ASIA PRODUCTION 250CC

1 Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super Battery 22:00.544s
2 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 22:00.686s
3 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 22:00.830s
4 Reynaldo C. Ratukore (INA) ONEXOX TKKR Racing Team 22:01.155s
5 Peerapong Boonlert (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 22:01.691s

Kedudukan Keseluruhan
1 Rheza Danica Ahren (INA) Astra Honda Racing Team 148 mata
2 Mario Suryo Aji (INA) Astra Honda Racing Team 122 mata
3 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 108 mata
4 Rafid Topan Sucipto (INA) Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super battery 84 mata
5 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 78 mata

UNDERBONE 150CC
1 Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 18:59.247s
2 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 18:59.355s
3 Travis Hall (AUS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 19:03.008s
4 Md Adib Rosley (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 19:15.249s
5 Md Aiman Azman (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 19:20.504s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Helmi Azman (MAS) SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team 134 mata
2 Md Izzat Zaidi (MAS) RCB Yamaha YY Pang Racing 111 mata
3 Ahmad Fazli Sham (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 88 mata
4 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 81 mata
5 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia Team 71 mata


Pengarang :