SELANGOR

Ayuh bersama kibar Jalur Gemilang – ADN Dengkil

OLEH NADIAH ZAMLUS

SEPANG, 27 OGOS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Dengkil Adhif Syan Abdullah mengingatkan penduduk di kawasannya supaya mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaan negara ke 61, tahun ini.

Katanya, ia adalah sebagai tanda patrotisme dan kecintaan waganegara kepada tanah air, Malaysia.

“Jangan lupa untuk kibarkan bendera ini di rumah dan juga kedai, tidak ketinggalan institusi pendidikan juga perlu melakukannya.

“Kita perlu menunjukkan semangat patriotisme kita,” katanya ketika merasmikan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Kolej Vokasional Sepang (KVS), hari ini.

Sementara itu, Adhif dalam ucapannya berkata, pendidikan kemahiran adalah salah satu cabang pendidikan terbaik memandangkan industri kini sedang mencari individu yang berkemahiran serta pakar dalam bidang tertentu.

“Kemahiran seiring dengan akademik memberikan nilai tambah buat penuntut kolej vokasional.

“Saya doakan semua pelajar dipermudahkan urusan dan dapat menamatkan pengajian dengan cemerlang,” katanya.


Pengarang :