SELANGOR

YIDE bantu mangsa ribut, bumbung rumah tercabut

KLANG, 28 OGOS: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menyantuni mangsa angin ribut, Hasnur Azmi Mohd Hussin di Jalan Kebun, di sini ekoran bumbung kediamannya musnah dalam kejadian ribut pada, 26 Ogos lalu.

Sumbangan disempurnakan Pegawai Kebajikan YIDE, Muhamad Zubair Azizan.

Muhamad Zubair berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung musibah itu menerusi Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Zawawi Mughni.

“Terima kasih kepada YB Zawawi kerana prihatin dan menyalurkan info kepada YIDE.

“Sekirannya, orang awam mempunyai sebarang info berkenaan bencana boleh terus hubungi hot line YIDE di talian 017 756 9476,” tulisnya dalam satu catatan di facebook YIDE.

Kejadian malam Ahad itu menyaksikan sebahagian bumbung kediaman mangsa musnah dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Difahamkan, Hasnur Azmi tiada di rumah semasa kejadian angin ribut berlaku kerana pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidil Adha, baru-baru ini.


Pengarang :