SELANGOR

Kemenangan PAKATAN kerana penuhi aspirasi rakyat

OLEH HAFIZAN TAIB

BALAKONG, 8 SEPT: Pakatan Harapan (PAKATAN) berjaya mengekalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dalam pilihan raya kecil (PRK) hari ini kerana perkhidmatan baik dan mampu memenuhi aspirasi rakyat.

Pengarah Pilihanraya Balakong DAP, Eang Yong Hian Wah berkata, kejayaan PAKATAN mentadbir Selangor dengan cemerlang juga menjadi pendorong kepada kemenangan berkenaan.

“Saya kira dasar dilaksanakan PAKATAN di peringkat negeri dan kini Persekutuan yang memenuhi kehendak serta kepedulian kepada rakyat.

“Terima kasih kepada pengundi dan saya gembira kerana PAKATAN masih mendapat sokongan kuat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas calon PAKATAN, Wong Siew Ki diumum Suruhanjaya Pilihanraya sebagai pemenang dalam PRK Balakong.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya berbangga dengan pencapaian diraih walaupun peratusan keluar mengundi yang rendah.

“Walaupun peratusan keluar mengundi rendah tetapi kali ini kita mencapai kemenangan dengan majoriti lebih tinggi,” katanya.

Siew Ki memperoleh 22,508 undi dan memenanginya dengan majoriti 18,523 menewaskan calon MCA, Tan Chee Teong (3,975).


Pengarang :