PENDIDIKANSELANGOR

Pendaftaran SBS MBA dibuka 22 September

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 8 SEPT: Selangor Business School (SBS) UNISEL membuka pengambilan baharu bagi individu berkelayakan menjalani program Master of Business Administration (MBA), mulai 22 September ini.

Program itu menawarkan yuran pengajian serendah RM17,325 bagi pelajar tempatan, manakala RM26,775 bagi pelajar antarabangsa.

Mereka yang berdaftar turut berpeluang menerima rebat sehingga 30 peratus yuran pengajian dengan hanya RM500 bayaran pendahuluan mengikut terma dan syarat ditetapkan.

Lebih menarik, skop pembelajaran program selama 18 bulan itu akan memberi tumpuan terhadap pengurusan strategik, perniagaan 4.0, strategi perniagaan termasuk perdagangan antarabangsa, pemasaran global dan pengurusan sumber manusia antarabangsa.

SBS UNISEL antara inisiatif Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan guna tenaga berkemahiran tinggi, selain memiliki tenaga pengajar luar yang berpengalaman.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh terus menghubungi talian 03-55223555 atau melalui e-mel [email protected].

Boleh juga melayari (Facebook: https://www.facebook.com/sbsselangor) atau (Twitter: https://twitter.com/sbsselangor) dan (Instagram: https://www.instagram.com/sbsselangor/).


Pengarang :