NASIONAL

SPRM tahan Najib, dakwa esok

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 19 SEPT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya menahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan derma RM2.6 bilion ke akaun peribadinya

SPRM dalam kenyataan media berkata, penahanan itu dibuat pada jam 4.13 petang di ibu pejabatnya, di Putrajaya.

“Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

“Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (20 September), jam 3 petang untuk pertuduhan di mahkamah,” katanya.

Pada masa sama, SPRM berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi merakam percakapan Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah esok.

“Ini bagi membantu siasatan polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,” katanya.


Pengarang :